Booking, details customer, payment sampai kiraan untung rugi. Semua boleh manage dalam satu dashboard yang dibuat ikut cara bisnes diuruskan.
Pilih package, bagi details bisnes dan kami setup semuanya.
Pilih jenis bisnes untuk tengok contoh feature yang sesuai.
Package ZATI BUILD adalah one-time payment untuk pembangunan web app. Tak ada bayaran bulanan kepada ZATI BUILD. Sistem menggunakan servis cloud yang ada free tier dan kami tak letakkan fixed limit untuk jumlah booking atau customer. Untuk bisnes kecil yang mengurus puluhan hingga beberapa ratus booking sebulan, free tier biasanya masih mencukupi. Kalau penggunaan dah melebihi limit, kami akan explain pilihan upgrade dan kosnya terlebih dahulu.
Tak ada tempoh langganan untuk app yang dah siap. Boleh terus guna selagi servis cloud yang digunakan masih aktif dan sesuai dengan keperluan sistem.
Lepas payment dibuat, kami akan contact melalui WhatsApp untuk kumpulkan details bisnes. Tempoh siap bergantung pada package, feature dan cara bisnes diuruskan. Timeline sebenar akan confirm masa onboarding selepas semua details dah complete.
Essential ialah dashboard asas untuk satu bisnes dan semua maklumat diuruskan oleh owner. Flex sesuai untuk sehingga dua bisnes atau brand dengan customization dan laporan yang lebih lengkap. Smart membolehkan customer semak slot yang available dan buat booking sendiri melalui link. Advanced pula sesuai untuk flow yang lebih kompleks, lebih custom atau memerlukan basic website dan storefront. Untuk payment gateway, auto verification atau automation yang lebih advanced, pilih Automated.
Logo, warna dan feature utama akan disesuaikan ikut jenis bisnes berdasarkan scope yang dipersetujui masa onboarding. Revision dalam scope asal boleh dibuat. Kalau nak tambah feature baru, ubah cara sistem diuruskan atau upgrade package selepas sistem siap, kami akan bagi quotation dulu sebelum proceed.
Kami akan buat handover dan tunjuk cara guna sistem step by step. Free support diberikan selama 30 hari selepas handover untuk pertanyaan penggunaan dan semakan awal. Kalau ada bug pada feature yang kami develop dalam scope asal, kami akan check dan fix. Caj hanya dikenakan untuk feature baru atau perubahan pada sistem.
Tak perlu download melalui Play Store atau App Store. Sistem boleh dibuka menggunakan link melalui browser dan perlukan internet untuk digunakan. Account yang sama boleh login dekat phone, iPad atau laptop. Kalau phone rosak atau tukar device, data tak hilang sebab semuanya disimpan dalam cloud.
Package Essential, Flex, Smart dan Advanced datang dengan satu admin account. Account yang sama boleh dibuka dekat beberapa device. Kalau perlukan login berasingan untuk setiap staff atau access yang berbeza ikut role, feature tu boleh ditambah melalui package Automated atau quotation berasingan.
Semua data bisnes yang dimasukkan dalam app tetap milik customer. Source code dan hak pembangunan sistem pula kekal di bawah ZATI BUILD. Kalau perlukan penyerahan source code atau full ownership, boleh request quotation berasingan.
Semua payment yang dah dibuat adalah non-refundable sebab slot development dan proses setup akan mula diperuntukkan selepas order diterima. Pastikan package dan details yang dihantar betul sebelum buat payment. Kalau masih tak sure package mana sesuai, boleh chat dengan kami dulu.
One-time payment sahaja. Tak ada commitment bulanan. Harga sekarang adalah harga promo. Harga akan naik lepas tempoh promo tamat.